Last day of ICT Class for this year....

Collections of Brochure by Student (By Group)

cITaKU Creative Camp (Day 1) 24-28 August 2009

cITaKU Creative Camp (Day 2)

cITaKU Creative Camp(day 3)

cITaKU Creative Camp (Day 4 - 5)

Friday, July 3, 2009

Untuk renungan pelajar-pelajar yg akan menghadapi UPSR 2009

Bawa slip UPSR ke pusara


PAUH – Seorang murid Sekolah Rendah Kebangsaan Jelempok menunaikan impian arwah ibunya untuk memperoleh 5A dalam semua subjek pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), di sini.

Roshida Din, 44, meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru meninggalkan Massayu Amirah Abd Karim, 12, di saat anaknya itu hampir menduduki peperiksaan tersebut. Massayu ketika ditemui berkata, dia gembira bercampur sedih dengan keputusan cemerlang yang diperolehnya namun dia tetap bersyukur kerana semua ini berkat doa arwah ibunya sebelum meninggal dunia.

“Arwah emak berpesan walau bagaimana cara sekalipun, saya mesti memperoleh keputusan 5A dalam semua subjek dan mulai saat itu, saya bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

“Kenangan ini tidak dapat dilupakan dan perasaan sedih tetap ada kerana melihat rakan-rakan menunjukkan keputusan kepada ibu masing-masing tetapi sebaliknya saya ke tanah perkuburan untuk menunjukkan keputusan dan meluahkan segala-galanya di sini.

“Arwah sempat berpesan supaya buat elok-elok dan dapatkan 5A untuknya dan mulai saat itu, saya tanamkan amanah emak kuat-kuat dan berusaha mendapatkannya,” katanya.

Massayu berkata, walaupun umurnya masih muda untuk menghadapi semua ini, semangatnya tetap membara kerana masih mempunyai ayah dan nenek yang banyak memberi galakan dan sokongan kepadanya.

Malah, setiap kali pulang dari sekolah, dia akan singgah untuk menziarahi pusara ibunya.

Menurut anak kedua dari tiga beradik ini, arwah pernah menyuarakan hasrat untuk membuat kenduri jika dia mendapat keputusan cemerlang.

“Walau apa pun dugaan melanda, kita perlu tabah dan cuba tunaikan amanat dan harapan ibu bapa kerana mereka sememangnya menanti kejayaan kita,” katanya kepada Sinar Harian.

Massayu ditemui pada majlis penyampaian keputusan UPSR, pada majlis itu juga seorang dermawan, Jamil Ismail, 57, memberi sumbangan kepada murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.


Reference: cikgu.net.my

No comments:

Post a Comment